Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 19, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Penolong Pengarah Pengurusan Kemas Terengganu diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan, enam tahun lepas.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan dihadapi Zulkipeli Taib, 48.

Zulkipeli yang ketika itu Pegawai Kemajuan Masyarakat Gred 41 di pejabat Kemas Terengganu dituduh pada 1 hingga 25 Jun 2008, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan rasuah dengan mencadangkan syarikat Mohd Zaki Abdul Hamid dipilih sebagai pengendali Kursus Pembangunan Komuniti Ahli Jawatankuasa (AJK) Aktiviti Kemas negeri Siri I dan II di Kolej Multimedia Timur, Rusila, Marang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 12 Mac ini untuk tertuduh membela diri.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Yasmin Salleh. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment