Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 1, 2014

No Comment

HULU TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan menggunakan kepakaran sekumpulan pelajar Kolej Universiti Tati di Kemaman untuk mencipta kerusi roda pelbagai fungsi untuk memenuhi keperluan murid-murid istimewa di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata kolej universiti milik kerajaan negeri Terengganu itu mempunyai ramai pelajar berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi reka bentuk yang mampu menghasilkan kerusi roda khas untuk murid istimewa itu.

Sebagai permulaan kumpulan penyelidik dari Kolej Universiti Tati itu akan datang ke Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong di sini untuk melihat pergerakan seorang murid istimewa, Nur Damia Irsalina yang mempunyai sebuah kerusi roda khas yang ditempah ibu bapanya bulan lalu.

“Kita mahu kumpulan itu melihat sendiri pergerakan Damia untuk memaksimumkan dan menambah pelbagai fungsi kerusi roda itu dan berharap hasil rekaan mereka kelak akan memberi manfaat kepada Damia agar dia lebih selesa sepanjang berada di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Damia di sini hari ini.

Pada tahun ini, 426 pelajar yang juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) yang cacat fizikal belajar di kelas aliran perdana di seluruh Terengganu.

Murid pendidikan khas yang mengalami masalah penglihatan dan keperluan khas pula seramai 2,293 di sekolah rendah dan 1,304 di sekolah menengah.

Anak ketiga pasangan Dr Daeng Malis Ab Kahar dan Rosnaini Mohamad yang dilahirkan dengan kaki dan tangan yang tidak sempurna kelihatan ceria memasuki perkarangan sekolah pada pukul 7.30 pagi untuk memulakan sesi persekolahan Tahun Satu.

Kehadiran Damia mencuri perhatian ramai kerana bersemangat kuat untuk memasuki kelas aliran perdana walaupun menghadapi kesukaran bergerak dan beliau mengakui begitu teruja hendak bersekolah dan bangun seawal 6 pagi kerana mahu berjumpa kawan-kawan lamanya, katanya kepada pemberita.

Bagi Rosnaini pula, kesediaan pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk menerima kemasukan anaknya ke Tahun Satu adalah berita paling gembira buatnya.

“Pihak sekolah juga menyediakan laluan khas untuk kerusi roda Damia ke kelas dan membenarkan Damia memakai pakaian yang sesuai dengan keadaan fizikalnya.

“Saya hanya mahu dia membesar di persekitaran normal bersama kawan-kawan untuk menikmati keindahan hidup seperti kanak-kanak yang lain,” katanya yang membelanjakan RM10,000 untuk menempah kerusi roda khas itu dari Zull Design Autotronic di Rawang, Selangor.

Guru Besar SK Kuala Telemong, Ismail Abdullah berkata ini adalah kali pertama sekolahnya menerima kemasukan seorang murid istimewa dan akan membantu memastikan keselesaan Damia. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment