Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 19, 2014

No Comment

Pelakon comel kesukaan ramai, Nora Danish diberi kepercayaan menjadi pengkritik fesyen pada malam Anugerah Bintang Popular 2013 yang bakal berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, pada 6 April depan.

Selain Nora, pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie turut diberi peranan yang sama di mana mereka diamanahkan untuk memberi kritikan serta komen mengenai persalinan artis pada malam anugerah itu.


Kiranya peranan mereka sama seperti rancangan Fashion Police yang disiarkan di Saluran E! yang dihoskan oleh Joan Rivers, dengan tiga panel tetap program tersebut, Giuliana Rancic, Kelly Osbourne dan George Kotsiopoulos yang mengkritik penampilan serta gaya selebriti Hollywood di sesebuah majlis red carpet yang dihadiri mereka.


Pastinya ramai yang tak sabar menantikan apakah komen-komen ‘pedas’ Nora dan Jovian atau pun mereka hanya akan melontarkan komen secara berlapik untuk menjaga hati para selebriti yang lain walaupun fesyen yang digayakan tidak semenggah?

Sama-sama kita tunggu dan lihat!

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment