Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 20, 2014

No Comment

PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho membayangkan bekas pemain kelab tersebut, Frank Lampard mungkin akan kembali sebagai pengurus pada masa akan datang.

Mourinho berkata, bekas pemain tengah England itu akan kembali ke Stamford Bridge secepat mungkin selepas Lampard dan kelab mengakhiri hubungan mereka apabila Liga Perdana Inggeris melabuhkan tirai baru-baru ini.

“Saya tidak fikir dia akan meninggalkan kami, dia hanya pergi ke sesuatu tempat dan akan kembali secepat mungkin kerana itulah yang pemilik kelab mahukan,” katanya kepada ITV.

Ketika ditanya adakah Lampard akan mengurus Chelsea, pengurus berusia 51 tahun itu memberitahu,” Apa sahaja yang dia mahukan, saya mengulangi kata-kata Abramovich iaitu saya akan beri dia buat apa sahaja.

“Pintu terbuka luas untuk pemain hebat sepertinya di dalam kelab ini.”

Sumber: mStar Online

0 comments:

Post a Comment