Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara pada 11 Jun lalu untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM).

Pengerusinya, Datuk Mohd Adzib Mohd Isa, dalam satu kenyataan kepada media sebentar tadi, berkata, MAIS yakin wujud ruang dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 yang membolehkan pendakwaan dibuat.

Katanya, MAIS juga tidak bersetuju dengan arahan EXCO Selangor yang mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memulangkan bible berbahasa Melayu yang dirampas itu kepada PBM.

Sehubungan itu, katanya, MAIS mendesak Bahagian Pendakwaan Selangor merujuk perkara itu kepada mahkamah terlebih dulu bagi mendapatkan perintah pelepasan barang kes, selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 407A Kanun Acara Jenayah.

Sumber: BH Online

0 comments:

Post a Comment