Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 12, 2014

No Comment

SEREMBAN – Mayat seorang lelaki ditemui dengan kedua-dua belah kakinya hampir hancur selepas dipercayai digilis beberapa buah kenderaan di Kilometer 266.5, Lebuh Raya Utara-Selatan, menghala ke Nilai dekat sini malam tadi.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, Lai Han Khun, 41, dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditungganginya lalu terjatuh di lebuh raya itu sebelum dirempuh kenderaan lain.

Motosikal mangsa didapati tercampak hampir 5 meter daripada mayatnya.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan dan kedua-dua belah kakinya, mati di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasatan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment