Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 18, 2014

No Comment

Banting: Mayat seorang mangsa bot karam di perairan Kuala Langat, tengah malam tadi, ditemui nelayan tempatan berhampiran sebuah kapal korek di muara Sungai Langat, kira-kira 10.53 pagi tadi.

Kira-kira 10 minit sebelum itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui bot yang karam juga berhampiran muara sungai berkenaan. 

Sementara itu, tiga lagi lelaki penumpang bot berkenaan berjaya diselamatkan di West Estate Pulau Carey, dekat sini, kira-kira jam 10.30 pagi. 

Ini menjadikan setakat jam 12.30 tengah hari tadi, 58 daripada 97 penumpang di dalam bot berkenaan sudah diselamatkan, satu mayat ditemui dan 38 lagi masih hilang. 

Sumber: BH Online

0 comments:

Post a Comment