Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 27, 2014

Datuk Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang akan mengetuai delegasi yang terdiri daripada empat anggota jawatankuasa dan pegawai kanan yang lain ke Republik China hari ini. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perjumpaan itu bertujuan untuk mengemaskini rakan dari negara China terhadap usaha terbaru dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di peringkat tiga pihak dan sumbangan Malaysia dalam misi itu. 

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sekali lagi komitmen Malaysia dalam usaha pencarian MH370. Malaysia, Australia dan China sedaya upaya kami melakukan yang terbaik dalam operasi ini dan keutamaan kami masih mencari pesawat yang hilang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. 

Sumber - Berita Harian

0 comments:

Post a Comment