Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 27, 2014

Chevrolet Cruze 

WASHINGTON: General Motors (GM) memanggil balik 33,000 unit Chevrolet Cruze sedan di Amerika Utara bagi model keluaran tahun 2013 dan 2014 berikutan kecacatan sistem beg udara yang dikeluarkan firma Jepun, Takata Corp. 

Kecacatan sistem itu mungkin menyebabkan beg udara pecah dan melontarkan serpihan ke dalam kereta. Masalah itu juga yang menyebabkan beberapa pengeluar lain termasuk Toyota dan Honda membuat panggilan semula kenderaan mereka di seluruh dunia. Jurucakap GM, Jim Cain, berkata syarikat dalam proses memaklumkan pengguna dan mengatur jadual pembaikan. 

Syarikat juga katanya, turut menghentikan serta merta jualan model itu sebaik dimaklumkan kecacatan pada sistem beg udara. 

Isnin lalu, pengeluar kereta Jepun termasuk Honda, Mazda dan Nissan mengumumkan program panggilan semula membabitkan tiga juta unit kenderaan keluaran mereka di seluruh dunia. 

Sementara itu, Takata Corp yang mengeluarkan beg udara itu memohon maaf dan berjanji mengambil langkah berkaitan bagi mengelaknya berulang. 

Sumber - Berita Harian 

0 comments:

Post a Comment