Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 27, 2014

Sushil Koiarla

KATMANDU: Perdana Menteri Nepal menghidap kanser paru-paru dan dijadual memulakan rawatan radioterapi di Hospital New York. 

Menteri Penerangan, Minendra Rijal, berkata doktor di Pusat Kanser Kettering Sloan Memorial di New York percaya bahawa bintik pada paru-paru Sushil Koiarla adalah pada peringkat pertama dan boleh dirawat dengan segera. 

Doktor pakar dijadual memulakan rawatan radioterapi hari ini dan dijangka berakhir dalam tempoh dua minggu. 

Koiarla mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Februari lalu, dengan mengetuai kerajaan campuran selepas parti beliau memenangi kerusi terbanyak di Parlimen tetapi bukan majoriti. 

Beliau terbang ke hospital di New York untuk pemeriksaan perubatan tahunan. Berita mengenai penyakitnya muncul ketika kerajaan perlu meluluskan belanjawan tahunan sebelum berakhirnya tahun fiskal pada 16 Julai. 

Sumber - AP

0 comments:

Post a Comment