Sham Kamikaze
Rawang : Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, di sini memutuskan pernikahan bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Sham dengan isterinya Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012 di Masjid Padang Ibu, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang adalah tidak sah dan terbatal.
Hakim Syarie Kamarulzaman Ali memutuskan bahawa pernikahan Sham atau Shamril Mohd Salleh, 38, itu dibubarkan serta merta mulai hari ini.
Kamarulzaman dalam penghakimannya berkata, pernikahan pasangan itu yang dijalankan oleh wali hakim adalah tidak sah selain urusan pernikahan itu yang diuruskan pihak ketiga adalah tidak bertauliah.
"Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Prai mengesahkan bahawa sijil pernikahan Sham bersama pasangannya adalah palsu," katanya.
Selain itu, Kamarulzaman turut memutuskan anak pasangan terbabit yang dilahirkan pada 21 Januari lalu adalah anak sah taraf.
sumber - myMetro
0 comments:
Post a Comment