Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 12, 2014

No Comment
Penduduk melarikan diri dari kawasan pertempuran selepas ratusan maut. Foto: AFP
MOSUL - IRAQ. Kumpulan Militan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) menawan bandar raya kedua terbesar, Mosul, kira-kira 350 kilometer di utara Baghdad selepas bertempur dengan polis dan tentera, malam kelmarin.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, ISIL mengambil alih ibu pejabat Gabenor, penjara dan stesen televisyen.

“Bandaraya Mosul iaitu ibu negeri wilayah Nineveh kini ditawan sepenuhnya oleh puak militan. Bandar itu kini tidak lagi berada di bawah penguasaan pihak berkuasa,” katanya.

Situasi itu juga menyebabkan Perdana Menteri Iraq, Nouri Al-Maliki, mendesak Parlimen mengisytiharkan darurat bagi menghadapi keadaan tersebut.

“Pertempuran paling dahsyat ini memaksa anggota keselamatan berundur. Mereka juga menyerbu balai polis dan pangkalan tentera.

Helikopter di lapangan terbang Mosul turut dirampas, selain depoh simpanan senjata,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) melaporkan, situasi tegang itu menyebabkan 500,000 penduduk dan anggota tentera sekitar Niniwe, lari dalam tempoh 24 jam.

“Angka kematian belum dipastikan tetapi beberapa masjid telah digunakan sebagai klinik. Kami dimaklumkan, ISIL sedang bertempur dengan tentera berhampiran Baiji, iaitu kawasan terletaknya kilang penapis minyak terbesar Iraq,” menurutnya dalam
satu kenyataan.

Seorang penduduk, Mahmud Nuri berkata, dia terlihat beberapa askar melemparkan senjata, menukar pakaian dan lari meninggalkan Mosul.

“Kumpulan militan mengisytiharkan menawan bandar ini dengan menggunakan pembesar suara. Kami semua dalam ketakutan kerana tiada siapa membantu,” katanya.

Menurutnya, beliau kini bersama keluarganya dan jutaan penduduk bersiap sedia untuk lari daripada diserang kumpulan itu. 

Sementara itu menurut agensi, Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki dan Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) Ban Ki-moon menyifatkan, keadaan di Iraq amat serius dan sangat merbahaya.

Mosul antara bandar strategik yang menjadi pintu masuk utama bagi negara jiran, Syria. Pertempuran itu mencemarkan usaha Baghdad untuk menangani keganasan membabitkan militan Al-Qaeda.

Sumber: AFP / Sinar Online

0 comments:

Post a Comment