Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 12, 2014

No Comment
Foto cover dari blog kezoom
Semalam SiakapKeli.com ada menyiarkan Panggilan Hangit dari Hot FM terhadap isteri Nor Farhan Muhammad yang mana seorang wanita telah buat panggilan kepada isteri Farhan dan mengatakan yang dia telah mengandung anak luar nikah bersama Farhan.

Disebabkan panggilan hangit tersebut, Hot FM teruk dikecam peminat yang mana ramai merasakan panggilan hangit tersebut tidak sesuai kerana topiknya teramat sensitif. Namun begitu mangsa pangilan hangit tersebut cool sahaja menjawab panggilan tersebut. Tahniah kepada isteri Farhan kerana amat tabah dalam ujian tersebut.

Pada pengamatan SK sendiri pun merasakan yang topik itu memang sensitif yang mana jika didengar separuh boleh mendatangkan fitnah selain itu topik itu juga seakan-akan memperlekehkan hukum zina.

Menurut Hot FM, topik itu telah dicadangkan oleh Farhan sendiri untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka. Sepatutnya Hot FM mengkaji terlebih dahulu untuk menentukan topik panggilan hangit dan bukan hanya menuruti apa yang dicadangkan oleh pihak-pihak tertentu kerana kesudahannya Hot FM juga yang dikecam. - SiakapKeli.com



0 comments:

Post a Comment