Polis telah menahan satu pasangan berusia lingkungan 20-an disyaki terlibat dalam kejadian kecurian kira-kira RM19,000 dari sebuah restoran makanan segera di Jalan Parry di Miri semalam.
Gambar suspek lelaki yang ditahan telah dipaparkan di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia (MACC) hari ini.
Menurut laporan laman portal The Borneo Post, suspek lelaki merupakan pengurus restoran berkenaan manakala teman wanitanya merupakan pekerja di restoran sama.
Pada 12 Mei lepas, pekerja di restoran berkenaan telah menyedari bahawa sebanyak RM19,000 telah hilang dari pejabat dan pihak majikan membuat laporan polis.
Siasatan kes kecurian itu kini sedang dijalankan.
Sumber: The Borneo Post / My News Hub
0 comments:
Post a Comment