Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 5, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU : Seorang pelajar kolej di sini, semalam mengaku salah di Mahkamah Majistret, atas pertuduhan cuba menyembunyikan kelahiran bayinya dengan membuang mayat bayi itu secara sulit, April lalu.

Suzain Aharin, 21, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 318/511 Kanun Keseksaan dibacakan kepadanya di depan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Muhammad Firdaus Abdul Rahim.

Dia yang berasal dari Ranau, Sabah, didakwa cuba menyembunyikan kelahiran seorang bayi di sebuah rumah di Flet Awam Padang Hiliran, di sini, pada jam 2.30 pagi, 22 April lalu.

Suzain berdepan hukuman penjara sehingga setahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Ikat jamin RM500

Sejurus pengakuannya direkodkan, Muhammad Firdaus menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes di mahkamah sama dan membenarkan Suzain diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Akhbar pada 23 April lalu, melaporkan seorang penuntut sebuah kolej di bandar ini ditemui berlumuran darah dalam tandas di rumahnya, manakala bayi lelaki yang baru dilahirkan, ditemui mati dalam mangkuk tandas.

Bayi yang cukup sifat itu dilahirkan secara sembunyi di tandas rumah sewa pelajar terbabit sebelum kejadian disedari seorang rakan serumahnya.

Rakan suspek yang terkejut melihat keadaan pelajar itu terbaring tidak bermaya di depan pintu tandas, kemudian menemui mayat seorang bayi lelaki dalam mangkuk tandas.

Sumber: BH Online

0 comments:

Post a Comment