Sempena mengambil keberkatan bulan Ramadan yang bakal menjelang sedikit masa lagi, pelantun lagu 'Jauh Di Mata', Min Yasmin membulatkan tekad dengan mengambil keputusan untuk bertudung penuh.
Min yang juga isteri kepada komposer terkenal, Julfekar mengakui keputusannya untuk berhijab tidak dipengaruhi oleh sesiapa.
"Alhamdulillah, akhirnya seru datang dengan sendirinya. Tiada sesiapa yang memaksa Min membuat keputusan ini. Sebagai hamba Allah, Min rasakan sudah sampai masanya Min berhijrah ke arah yang lebih baik. Doakan yang terbaik untuk Min," ujar Min yang ditemui oleh Media Hiburan Online.
Dalam pada itu, Julfekar meluahkan rasa gembiranya dengan jalan yang dipilih oleh isterinya;
"Saya cukup seronok melihat perubahan isteri saya. Nampak lebih manis dan ayu. Sebagai suami, saya mahu dia kekal bertudung hingga ke akhir hayat."
Tahniah Media Hiburan Online ucapkan, semoga penghijrahan ini akan kekal dan secara tidak langsung Min dan keluarga dilimpahi kebahagiaan yang berpanjangan.
Sumber: Media Hiburan Karangkraf
0 comments:
Post a Comment