Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 13, 2014

No Comment

SAO PAULO – Jurulatih Croatia, Niko Kovac yang menyalahkan pengadil Jepun, Yuichi Nishimura dengan memberi amaran Piala Dunia akan bertukar menjadi ‘sarkis; selepas keputusan kontroversi penalti kepada Brazil pada asksi pembukaan Piala Dunia, awal pagi tadi.

Nishimura memutuskan pemain Croatia, Dejan Lovren dihukum selepas mengasari pemain Brazil, Fred yang jatuh di dalam kotak penalti ketika perlawanan berbaki 20 minit lagi dengan kedudukan 1-1.

Neymar menyudahkan tendangan penalti itu untuk gol keduanya sebelum Brazil meraikan satu lagi gol dengan perlawanan Kumpulan A itu berkesudahan 3-1 kepada Brazil.

“Ia satu keputusan tidak masuk akal hari ini dan sekiranya ia berterusan, kita akan mempunyai sarkis,” kata Kovac dalam sidang medianya selepas perlawanan pembukan tirai Piala Dunia itu.

Sesi sidang media itu dipenuhi dengan soalan mengenai keputusan penalti itu.

“Jika ia satu penalti, kita tidak perlu lagi bermain bola sepak lagi. Marilah kita bermain bola keranjang,” katanya.

Kovac berkata pasukannya berhak menghabiskan perlawanan itu dengan keputusan sekurang-kurangnya seri.

Beliau juga berasakan gol ketiga jaringan Oscar di Corinthians Arena juga tidak seharusnya dibenarkan kerana pemain itu melakukan kesalahan ketika memulakan gerakan.

“Adakah berlaku kekasaran terhadap pemain saya? Ya. Ia adalah satu kesalahan. Namun itulah kehidupan,” katanya.

“Anak buah saya bekerja keras dalam dua tahun untuk layak ke Piala Dunia. Mereka bekerja keras, melakukan persiapan secukupnya dan mereka kemudian berdepan dengan keputusan penalti sebegini.

“Adakah anda bolah bayangkan bagaimana mereka berjalan memasuki bilik persiapan dengan perasaan yang seperti apa?,” katanya.

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment