Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 18, 2014

No Comment

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin meluluskan pencalonan Putera Jordan, Zeid al-Hussein sebagai ketua hak asasi manusia terbaharu, sekali gus menjadikannya orang Islam pertama memegang jawatan itu.

Diplomat tertinggi yang kini merupakan Duta Amman ke PBB itu akan mengambil alih jawatan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB bagi menggantikan Navi Pillay dari Afrika Selatan berkuatkuasa 1 September depan.

Difahamkan menurut laporan AFP, pencalonan pemegang ijazah kedoktoran dari Universiti Cambridge itu dicadangkan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berdasarkan rekod beliau sebagai orang penting menubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebelum ini.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment