Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 12, 2014

No Comment

NEW DELHI – ‘Ini saat yang sangat membanggakan’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, pada pelancaran penerbangan sulungnya dari Bangalore ke Goa.

Goa, bekas wilayah Portugis adalah negeri paling kecil di India.

“Ia hari yang membanggakan buat saya kerana bapa saya berasal dari Goa. Beliau seorang lelaki yang hebat. Merendah diri, doktor yang tidak mementingkan diri. Beliau pasti rasa bangga,” katanya dalam akaun twitter.

“Dr Stephen Edward Fernandes bersama ibu, Ena, merupakan inspirasi saya,” katanya.

Beliau turut mengucap tahniah kepada petugas AirAsia India.

“Anda sudah membuktikan kesungguhan, positif dan minat dapat mengatasi segala-galanya,” katanya.

Berpusat di Chennai, Tamil Nadu, usaha sama 49:30:21 antara AirAsia, Tata Sons dan Telestra Tradeplace, dilancarkan pada Februari tahun lepas.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment