Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 12, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menggesa usahawan muda untuk mendaftar dengan Forum Pengeksport Muda (FPM) 2014.

Forum itu bertujuan bertukar-tukar idea serta mendapat kefahaman mengenai pengalaman belia Malaysia yang berjaya di pasaran antarabangsa.

Dihoskan agensi penggalakan perdagangan itu, forum sehari berkenaan akan diadakan pada 18 Jun ini dan dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“FPM akan menawarkan peluang berharga untuk usahawan muda mendapat pengetahuan melalui perkongsian pengalaman oleh usahawan muda yang berjaya, termasuk ketua pegawai eksekutif syarikat pemasaran Internet terkemuka dan juga fotojournalis yang hasil kerjanya telah tersiar dalam media utama antarabangsa,” kata Matrade dalam satu kenyataan hari ini.

Forum itu juga akan mengandungi sesi perbincangan berkumpulan dan kemas kini program pembangunan dan inisiatif ditawarkan Miti serta agensi lain untuk kaum belia memulakan perniagaan baharu serta bantuan untuk perniagaan sedia ada, termasuk pembiayaan, pensijilan, latihan dan keperluan kemasukan pasaran global.

Lebih banyak maklumat mengenai program itu boleh diperolehi di www.matrade.gov.my atau dengan menghubungi Mohd Amin Bakar (03-6207 7636)/Khairul Nazri Md Shakari (03-62077629).

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment