Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 12, 2014

No Comment

SERDANG – Seorang peniaga lelaki warga Pakistan ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala di dalam bilik tidur rumah sewanya di Pangsapuri Bayu, malam tadi.

Kejadian disedari teman wanitanya yang datang ke rumah mangsa sebelum menghubungi beberapa rakannya yang juga warga Pakistan, kira-kira 9 malam.

Mangsa didapati mengalami kecederaan di kepala dan luka di mulut dipercayai dicekik manakala bajunya dinaikkan sehingga menutupi muka.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Rozimi Ahmad berkata, suspek pembunuhan dipercayai mengenali mangsa berdasarkan tiada kesan pecah masuk ke dalam rumah berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati beberapa jiran terdengar jeritan daripada dalam rumah mangsa pada 5.30 petang.

“Terdapat kesan pergelutan berdasarkan kepada keadaan yang berselerak di dalam rumah berkenan.

“Masa kematian mangsa dijangkakan kurang daripada enam jam sebelum ditemui oleh teman wanita mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dua suspek dikenalpasti berusia 20-an kini sedang diburu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, polis percaya motif kejadian adalah salah faham berhubung pengurusan pasport.

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment