Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014


Mersing: Kelicikan peragut bersiri dikenali sebagai Zali Bibir, 25, dengan melakukan 16 kes ragut sekitar bandar ini sejak setahun lalu berakhir apabila dia dicekup ketika cuba meloloskan diri dengan menaiki teksi ke Kluang 21 Mei lalu.

Rentetan penangkapan itu, polis turut menahan dua lagi rakan suspek berusia 24 dan 25 tahun di sekitar Endau dan Mersing pada 5 Jun lalu yang turut terbabit dengan jenayah ragut dan pecah rumah di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Zulkepli Hashim berkata, kejayaan itu dicapai hanya seminggu selepas pendedahan akhbar ini yang menyiarkan wajah suspek.

“Hasil risikan dan maklumat awam serta edaran wajah suspek melalui media massa, Zali Bibir cuba melarikan diri ke Kluang dengan menaiki teksi namun berjaya ditahan dalam sekatan polis di Jalan Kluang pada 21 Mei lalu.

“Susulan daripada itu, siasatan dijalankan turut membolehkan polis menahan dua lagi rakan suspek yang turut terbabit dalam jenayah sama di sekitar daerah ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing di sini, semalam.

Beliau berkata, berikutan tangkapan itu polis berjaya menemui pelbagai jenis telefon bimbit, barangan kemas serta dokumen pengenalan diri dipercayai milik mangsa.

Dalam kes berasingan, tiga lelaki berusia 16,19 dan 23 tahun yang terbabit dalam kemalangan jalan raya Jalan Teluk Sari- Endau, dekat sini berjaya ditahan kerana memiliki motosikal curi.

Menurut Zulkepli, sebaik berlaku kemalangan, anggota polis menyemak rekod motosikal terbabit dan mendapati ia dicuri sekali gus menyaksikan semua lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, polis turut merampas dua motosikal dan satu enjin yang sudah dileraikan, manakala semua suspek yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment