“Pada hari itu nanti Hakim Syariah akan membuat keputusan sama ada kami akan bercerai ataupun perlu mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga. Apa saja keputusannya, kami akan ikut. Kami amat menghargai segala doa dan usaha untuk menyelamatkan rumah tangga ini.”Sememangnya berita ini mengejutkan peminatnya berhubung berita dia memfailkan penceraian terhadap isterinya. Semuga masalah mereka dapat di atasi dan eloklah cara begini. Ada masalah pergi kaunseling dahulu untuk mencari jalan. Maklumlah masing-masing pernah atau masih sayang-menyayangi. Elakkan penceraian semungkin boleh.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera berkata, kunjungan mereka ke mahkamah adalah jalan terakhir untuk menangani kemelut rumah tangga yang sedang berlaku. Ketika ditanya adakah pelakon Nora Danish yang dikatakan memegang watak “panas” menerusi drama bersiri Ada Apa Dengan Dhia sebagai punca keretakan rumah tangga itu, Adi memberitahu tuduhan tersebut tidak benar.
“Saya tahu macam-macam orang buat spekulasi tetapi ingin saja jelaskan, bukan pihak ketiga yang menjadi masalah perkahwinan saya ini,” katanya.
Adi Putra Nafi Nora Danish Punca Mahu Bercerai
Pelakon Adi Putra memang mengejutkan semua apabila tidak ada khabar
berita, tiba-tiba memfailkan penceraian. Pelakon yang baru sahaja pulang
dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu turut berdoa untuk kesejahteraan
rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu
tidak dapat diselamatkan lagi.
Adi
Putra dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan
cahaya mata apabila wanita berkenaan sering kali mengalami keguguran.
Ady Putra sendiri sebenarnya tidak pasti mahu ceraikan isterinya. Cubaan
terakhir yang mampu dilakukan adalah dengan cuba menyelamatkan
rumahtangga Adi Putra yang baru berusia 32 tahun ini akan ke Mahkamah
Syariah Kuala Lumpur dekat Isnin ini sebagai percubaan terakhir untuk
menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama enam tahun itu.
0 comments:
Post a Comment