Kalau dahulu jantung Erra sering berdegup kencang apabila gosip liar timbul, kini Erra tidak ambil kisah lagi. iMalah Erra pelik apabila orang luar lebih mengetahui tentang rumah tangganya berbanding dirinya sendiri. Kata Erra:-
Saya tahu orang luar suka bercakap soal rumah tangga saya, macam-macam versi cerita yang saya dengar tapi hakikatnya, suami masih di depan mata saya. Emran masih suami saya dan bapa kepada Aleesya. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana? Biarlah mereka bercakap selagi boleh… Jika menafikan, ada pula cakap saya cuba berselindung atau `cover line’. Nak `cover line’ apa, jika tidak benar! Saya tidak suka membebankan fikiran, soalnya orang luar lebih mengetahui soal isi rumah tangga saya. Bagi saya, suami dan anak menjadi keutamaan, kerjaya pula sudah jatuh nombor dua selepas saya berkahwinJadi kepada mereka yang menyebarkan dan mereka cerita tentang keruntuhan rumah tangga Erra Fazira dan Engku Emran, diharap dengan penjelasan ini semua pihak akan berpuas hati. Mereka bertiga masih bahagia sebagai satu keluarga. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin ~~
0 comments:
Post a Comment