Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 15, 2012

No Comment
i satu perkara yang terjadi di dalam rumah tangga Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila terbongkar di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Semalam, Jimmy memberitahu mahkamah yang Nursuhaila pernah ditampar oleh ibunya sendiri kerana tidak tahan dengan sikap dan perangai anaknya itu.


suhaila
Selepas kejadian menampar tersebut, ibu mertua Jimmy Shanley menghubungi Jimmy kerana telah lari dari rumah dan ingin tumpang tidur. Dan pada 4 Oktober 2011, Jimmy telah bertemu dengan Suhaila selepas ibu mertuanya memaklumkan yang Suhaila ingin bertemu dengannya. Kata Jimmy:-


Menurut ibu mentua, isteri nak jumpa saya untuk minta cerai dan memujuk ibunya pulang ke rumah. Pada 4 Oktober 2011, isteri datang ke rumah saya meminta maaf dan minta cerai serta tidak mahu kes ini berpanjangan.
Bagaimanapun, Jimmy berkata dia hanya mendengar saja penjelasan Nursuhaila.
Pada prosiding semalam juga, Jimmy tidak menafikan dia pernah bertunang dengan orang lain, namun pertunangan itu putus sebelum dia bertunang dengan Nursuhaila.
Jimmy juga memberitahu tiada benda milik Nursuhaila yang dia ambil dan perlu dipulangkan ketika merujuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Nursuhaila kepadanya berbunyi ‘Bagi balik harta benda I dan tinggalkan I’.
“Tidak ada benda dia yang saya ambil kecuali kereta yang ibu bapa dia beri untuk pergi kerja,” katanya.
Prosiding akan bersambung pada 19 Julai nanti. Makin lama makin complicated Abang Nara tengok kes ini. Semoga segalanya dipermudahkan. Kredit info Harian Metro.

0 comments:

Post a Comment