Namun hari ini Harian Metro melaporkan yang pelakon Ady Putra mengesahkan yang dia telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Aida Yusof, di Mahkamah Syariah, 11 Mei lalu.
Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut namun yang pasti dia dan isteri tiada persefahaman.
Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.Ady menambah mereka berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami.Kiranya agak mengejutkan juga berita ini kerana Ady dan isteri tampak bahagia saja sebelum ini terutamanya semasa jelajah ABPBH yang lepas. Namun yang empunya diri lebih tahu apa yang terbaik untuk hidupnya.
Semoga Ady dan isteri menemui kebahagiaan selepas ini.
biasala... bila dah kaya n fames.. pompuan pun ramai
ReplyDeleteorg islam masa kini bab nikah kahwin mcm main pondok² n masak² ngan anak jiran sebelah la pulak...tup tap tup tap dah cerai...
ReplyDelete