Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 10, 2013

One Comment

Kepala Murid Perempuan Terkena Bola Peluru Besi
Kepala Murid Perempuan Terkena Bola Peluru Besi - SEREMBAN : Seorang murid perempuan tahun 4 di sebuah sekolah dekat Nilai, di sini, cedera di kepala selepas terkena balingan bola peluru besi ketika menjalani latihan sukan di sekolahnya, petang kelmarin.Erdina Ezalia Earman Eza, 10, mengalami pendarahan beku di kepala dan kini dirawat di Hospital NCI Nilai, di sini.
Menurut datuk mangsa, Ali Dina, 62, kejadian berlaku kira-kira 5 petang ketika cucunya sedang melakukan latihan sukan di padang sekolah.
“Ketika kejadian, kesemua murid sedang berehat selama lima minit di kawasan padang sekolah.
“Sekumpulan murid perempuan lain yang sedang bermain bola peluru besi itu telah membaling ke arah sesama mereka, menyebabkan satu daripada balingan itu tersasar lalu terkena ke kepala cucu saya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Ali berkata, cucunya menjerit kesakitan dan menangis sejurus terkena bola peluru besi itu sebelum kejadian itu diketahui seorang guru lelaki yang dipertanggungjawabkan mengawal pelajar di kawasan padang.
“Guru berkenaan merawat cucu saya dengan menuam kepala dengan ais dan meletakkan minyak gamat.
“Tapi, guru berkenaan membiarkan cucu saya pulang ke rumah dengan menaiki bas sendirian meskipun cucu saya masih lagi berasa sakit dan tidak selesa di kepala,” katanya.
Dia yang tinggal di Desa College, Bandar Baru Nilai, di sini, berkata, sebaik turun daripada bas di hadapan rumah, cucunya masih menangis dan meraung kesakitan.
“Anak saya kemudian melihat kepala cucu saya dan kelihatan bengkak di bahagian belakang kepala,” katanya.
Menurutnya, dia segera membawa cucunya itu ke hospital sebelum doktor melakukan pemeriksaan dan membuat imbasan.
“Doktor memberitahu terdapat darah beku di kepala cucu saya. Saya telah memaklumkan perkara ini kepada pihak sekolah, namun sehingga kini masih belum mendapat sebarang penjelasan tentang perkara ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Menurut Ali, dia kesal apabila guru sukan terbabit tidak memaklumkan insiden tersebut kepadanya dan juga ibu bapa Erdina.
“Sepatutnya, guru terbabit perlu memaklumkan perkara ini kepada saya kerana sudah melibatkan kecederaan.
“Saya difahamkan guru tersebut membiarkan cucu saya pulang sendirian kerana mempunyai urusan peribadi yang perlu didahulukan.
“Ini tidak patut berlaku kerana sebagai guru yang dipertanggungjawabkan, dia perlu memastikan keselamatan cucu saya terlebih dahulu,” katanya. – Sinar Harian

1 comments:

  1. Biasalah. Walaupun cikgu diberi bermacam insentif untuk menjalankan tugasan tapi kebanyakan menjalankan denga sambil lewa. Kalau pihak ibubapa membawa ke perhatian pihak sekolah, pihak guru-guru akan berkomplot untuk memulau pelajar tersebut. Ini bukan perkara terpencil. PPD bukan menolong - akan backing guru sebab kebanyakan bekas guru.
    Yang menjadi kepentingan guru ialah anak-anak kalangan VIP. Kalau yang anak-anak orang biasa, tak dipandangnya. Jadi kebanyakan ibubapa malas nak bawa sebarang masaalah guru ke tengah. Bukan apa; kesiankan budak yang sekolah. Akan di'blacklist' oleh guru-guru, nak belajar pun tak selesa.
    Selagi kementerian pelajaran tak ambil tindakan tegas, budaya dengki mendengki dalam persekolahan oleh guru-guru ini akan berterusan.

    ReplyDelete