Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 1, 2013

No Comment
Pengetua Sekolah Tunai Janji Menari Ala Gangnam Style

WARRINGTON – Pengetua Sekolah Menengah Penketh, Jeff Hughes, berjanji kepada pelajar-pelajarnya untuk tampil dengan gaya tarian popular Gangnam  Style pada majlis akhir tahun sekiranya mereka mencapai sasaran dalam pelajaran.
Menurut Hughes, beliau ingin meningkatkan motivasi pelajarnya supaya bekerja keras.
Penketh merupakan sekolah yang mempunyai pengkhususan terhadap matapelajaran media dan seni visual.
“Janji tersebut dibuat sebelum sambutan Krismas lalu dan kami (para guru) mahu memberikan nasihat yang boleh memotivasi pelajar.
“Saya kemudian berkata, ‘jika anda mencapai sasaran maka saya akan melakukan tarian Gangnam Style pada majlis akhir tahun,” katanya.
Huges menambah,”….dan memandangkan kami guru yang mengkhususkan pada media, jadi mengapa tidak kita buat video muzik yang lengkap?”
Ketika majlis akhir tahun semalam, Hughes, 58 tahun tampil di atas pentas berpakaian seperti penyanyi popular dari Korea, Psy dan menari ala Gangnam Style.
Penampilannya itu nyata memukau pelajar-pelajarnya.
Beliau kemudiannya berhenti menari dan berkata, “Itu belum semuanya.”
Tim media kemudian menayangkan muzik video yang memperlihatkan beliau bersama 50 guru menari ala Gangnam Style.
Video itu juga dimuatnaik ke YouTube dan sejam pertama sudah ditonton oleh 110.000 orang.
Sebelum ini, sekolah berkenaan telah mendapat tekanan dari badan pengawas sekolah Ofsted untuk mencapai sasaran dalam pencapaian pelajar-pelajarnya.
“Saya kira yang penting kami mengembangkan hubungan yang kuat dengan kaum muda.
“Kami harus membuat mereka melihat bahwa kita adalah manusia dan saya kira sedikit lega kerana boleh melepaskan tekanan dan ketegangan,” katanya. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment