Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 29, 2013

No Comment
Dinamit

JAKARTA – Kehilangan 250 dinamit milik Syarikat Multi Nitrotama Kimia (MNK) ketika bahan letupan itu dalam perjalanan dihantar ke sebuah gudang di Bogor, Jawa Barat,Rabu lalu mengundang kerisauan banyak pihak.
Hal ini kerana jika dinamit sebanyak itu digunakan untuk aktiviti keganasan, ia mampu mendatangkan kemusnahan yang dahsyat.
Meskipun peledak itu biasanya digunakan sebagai bom ikan, 40 dinamit berkenaan sudah cukup untuk meratakan bangunan Kompleks Parlimen Indonesia!
Kebimbangan ini dilahirkan Wakil Ketua Komisioner I DPR asal Fraksi PDI Perjuangan, TB Hasanudin.
Selain mendesak agar kehilangan ini diambil berat, beliau turut menyarankan agar bahan peledak yang tidak dapat dikesan oleh pengesan logam seperti ini melalui kawalan lebih ketat setiap kali dibawa keluar selepas ini.
Dalam pada itu, Pengurus Perhubungan Korporat MNK, Ronny Saefulloh menyatakan bahawa syarikat berkenaan tidak bertanggung jawab atas kehilangan berkenaan.
Ini berikutan bahan peledak tersebut sebenarnya sudah dibeli Syarikat Batu Sarana Persada, dan kehilangan berlaku setelah pelanggan mereka membawa sejumlah dinamit berkenaan keluar dari gudang MNK.

0 comments:

Post a Comment