Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 27, 2013

No Comment
rogol+beramai2 Perogol Otai Ikat Dan Perkosa Janda
Perogol Otai Ikat Dan Perkosa Janda-Kalau dah gila seks merogol tu,merogol je kerja dia,dah kena penjara 7 tahun akibat kesalahan merogol.Bila dah dilepaskan,merogol lagi.Ini yang terjadi kepada mangsa rogol terbaru:
Malang berganda menimpa seorang janda yang bukan saja rumahnya dekat sini, dipecah masuk, malah dia turut dirogol dalam kejadian awal pagi kelmarin.
(gambar hiasan)
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, ketika kejadian, mangsa yang tinggal di rumah berkenaan bersama rakannya, tidak menyedari suspek memasuki biliknya kerana sedang tidur.
“Mangsa yang tidur sendirian di biliknya hanya tersedar apabila suspek bertindak menutup mulutnya menggunakan selimut dan mengikat tangannya menggunakan tali.
“Selepas merogol mangsa, suspek bertindak mengurungnya di dalam tandas sebelum berjaya melepaskan diri dengan bantuan teman serumahnya dan ketika itu suspek sudah meninggalkan rumah tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.
Menurut Kamil, sejam selepas mangsa membuat laporan polis, anggotanya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan.
“Hasil pemeriksaan, suspek yang berumur 29 tahun itu didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau  iaitu rogol dan pecah rumah dan baru saja selesai menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan dibebaskan pada 2010 kerana kesalahan yang sama.
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
“Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat kes, diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya - SinarHarian

0 comments:

Post a Comment