Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 25, 2014

Gambar Hiasan

Petaling Jaya: Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran (Akta 299) dan Kematian 1957 perlu dipinda bagi mengelak anak tidak sah taraf beragama Islam didaftarkan atas nama individu yang mengaku bapa. 

Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod Jabatan Kehakiman Syariah, Abas Nordin berkata akta itu yang masih terpakai sehingga kini menimbulkan kekeliruan dan memberi kesan besar ke atas umat Islam. 

“Pada masa ini, mana-mana individu yang mengaku sebagai bapa boleh memohon mendaftarkan anak tidak sah taraf ini kepada nama mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

Terputus nasab 

“Ia memberi kesan seolah-olah mengiktiraf anak tidak sah taraf ini dari segi undang-undang, sebenarnya anak itu terputus nasab dengan keluarga, malah bapa yang didaftarkan pada sijil kelahiran boleh berkahwin dengan anak biologinya itu,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Anak Tak Sah Taraf: Isu dan Mekanisme Penyelesaian Menurut Undang-Undang Syariah. 

Beliau berkata demikian pada majlis Konvensyen Pemerkasaan Ummah Kebangsaan 2014 di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, dekat sini. 

Abas berkata, pindaan itu dijangka dapat membantu membendung kes kelahiran luar nikah bagi masyarakat Islam yang semakin meningkat setiap tahun. 
Beliau berkata mengikut perangkaan JPN, seramai 167,073 bayi dilahir tanpa bapa, didaftarkan di jabatan itu sejak tahun 2008 hingga tahun 2012. 

“Jumlah itu bersamaan seramai empat bayi dilahirkan dalam tempoh sejam. 

“Anak tak sah taraf ini merujuk kepada bayi luar nikah yang dilahirkan kurang dari enam bulan dua saat dari tarikh pernikahan sama ada akibat zina atau rogol,” katanya. 

Selain pindaan, Abas berkata penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang syariah, termasuk mengenakan hukuman denda dan penjara yang lebih tinggi kepada pesalah zina atau khalwat juga perlu dilakukan. 

“Ia adalah penyelesaian jangka pendek, hukuman hudud adalah yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Sumber - Berita Harian

0 comments:

Post a Comment