Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Empat perlawanan bola sepak suku akhir Piala Malaysia 2014 yang dijadual berlangsung pada 4 Okt, dipinda 3 Okt berikutan tarikh Hari Raya Aidiladha dijangka jatuh pada 5 Okt.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman sesawangnya; www.fam.org.my memaklumkan, pindaan itu diputuskan selepas mengambil kira tarikh Hari Raya Aidiladha.

Empat perlawanan yang diadakan pada 3 Okt ialah Selangor menentang Felda United FC di Stadium Shah Alam dan Kelantan menentang Kedah di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.

Dua lagi perlawanan membabitkan pertemuan Terengganu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dan Pahang menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Sepak mula empat perlawanan itu kekal pada 8.45 malam.

FAM turut memaklumkan aksi suku akhir kedua kekal berlangsung pada 17 dan 18 Okt.

Aksi timbal balik pada 17 Okt membabitkan pertemuan Felda United FC menentang Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dan Kedah menentang Kelantan di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Pertemuan Pahang dengan PDRM di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi serta JDT dan Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin akan berlangsung sehari kemudian. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment