Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 18, 2014


SYDNEY: Kanak-kanak perempuan warga Malaysia berumur lapan tahun yang terbunuh akibat tercampak daripada permainan berputar taman tema di Royal Adelaide Show, Adelaide, Jumaat lalu, dinamakan sebagai Adelene Leong.

Polis Australia Selatan turut mendedahkan satu gambar Adelene ketika berada di taman tema berkenaan.

Menurut polis, ibu kepada kanak-kanak berkenaan menggambarkan anak perempuannya itu sebagai "anak kesayangannya, cantik dan satu-satunya bidadari dalam hatinya".

Laporan ABC semalam berkata, polis Adelaide masih berminat mendengar keterangan daripada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan permainan berputar jenis Airmaxx 360 dan setakat ini sudah merakamkan keterangan daripada 40 saksi.

Cif Inspektor Selena Dinning berkata, polis berharap seseorang boleh memberikan petunjuk terbaik mengenai kejadian itu.

"Secara khususnya, kami berminat untuk mendengar daripada sesiapa saja yang mungkin mengambil gambar atau rakaman video kejadian yang membabitkan permainan berputar Airmaxx 360 di Showgrounds, Jumaat lalu," katanya.

"Kami juga berminat untuk mendengar daripada sesiapa saja yang berada di kawasan itu pada masa kejadian atau sesiapa saja yang pernah mengalami perkara pelik ketika menaiki permainan itu,

"Walaupun maklumat itu sedikit, namun ia mungkin menjadi maklumat penting yang membawa penjelasan terhadap apa yang berlaku," katanya. - ABC / BH Online

0 comments:

Post a Comment