Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 18, 2014



Seorang pelajar UiTM Shah Alam maut dikatakan dirempuh oleh sebuah kereta Volkswagen Passat yang dinaiki oleh pensyarah universiti terbabit ketika dalam perjalanan balik dari kelas petang tadi.

Mangsa, Fatin Farah Faraddia , merupakan seorang pelajar Fakulti Sukan di Universiti berkenaan.

Kejadian terjadi di berdekatan dengan Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, UiTM Shah Alam. Dikatakan juga jalan di kawasan tersebut sememangnya sedikit berbahaya.

Al-Fatihah kepada arwah dan kepada semua yang mengenalinya, tabahkan hati anda. Benar kata orang, maut tidak mengenal tempat.

Update : Mangsa merupakan seorang penuntut berusia 20 tahun UiTM Shah Alam. Kejadian berlaku pada 5.30 petang setelah mangsa baru selesai menghadiri kuliah di kampus berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pensyarah wanita. Mangsa meninggal dunia 7.30 malam selepas dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sejurus kejadian dipercayai akibat pendarahan dalaman.

Menurut sumber, pensyarah yang terlibat dikatakan mempunyai masalah kesihatan, menyebabkan beliau pengsan dan tertekan minyak sebelum merempuh mangsa. Bagaimanapun kejadian ini masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Solat jenazah akan diadakan selepas bedah siasat yang dijangka selesai pada jam 11.00 pagi di surau Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Selepas itu akan terus dibawa pulang untuk dikebumikan di Dungun, Terangganu. Kepada yang berkelapangan dijemput untuk bersama-sama di surau HTAR esok.

Biodata Pelajar UITM Shah Alam Maut Dilanggar 18 September 2014

Nama Penuh: Fatin Farah Faraddia Binti Yusof

Umur: 20 Tahun

Asal: Dungun Terengganu

Fakulti: Sains

Bidang: Diploma Sains Sukan

Universiti: UITM Induk Shah Alam

Semester: Tahun Kedua

Punca kematian: Pendarahan dalaman akibat dirempuh kereta

Berikutan peristiwa tersebut, pihak UiTM telah menyediakan sebuah bas bagi rakan-rakan arwah untuk ke kampung halaman arwah yang akan bertolak awal pagi esok. Semoga segala urusan dipermudahkan. - SiakapKeli.com







24 comments:

  1. Sudah tersurat. ..kena terima qada' dan qadar. ..

    ReplyDelete
  2. Pensyarah tu dh xboleh diberi memandu. Membahayakan nyawa sendiri dan orang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pensyarah kami tu blackout tu yg tertekan minyak. Masa kami jumpa die menangis nangis kata sebelum eksiden tu die sakit kepala.

      Delete
    2. Lecturer fakulti mane tu? Masscomm ke? Siap tiang signage jugak dier bedal...

      Delete
  3. Al fatihah. Ujian buat kluarga mgsa, ujian besar juga buat pensyarah tue. Smua dh tertulis oleh Allah.


    www.ourlovebonding.com

    ReplyDelete
  4. Al fatihah..semua sudah ketentuan allah s.w.t..semoga keluarga mangsa sabar menerima ujian allah..

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah...memang sudah janjinya..tapi eloklah keluarga mangsa ini membuat tindakan undang undang ..... kalau dah tahu sakit dan akan merbahayakan orang lain janganlah memaksa diri memandu kesihan pada pengguna lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Utk dijadikan pengajaran pada org lain apa salahnya. Nyawa bukan boleh dibeli

      Delete
  6. Mmg xboleh nk salahkan 1 pihak je,bukan salah lecturer tu jgk.benda nk jadi...Sape tahu.mmg dia ad penyakit,tapi selama ni elok je dia driving,hari kejadian je baru terjadi.qada' n qadar Allah sape tahu.setiap Y hidup pasti akan mati cuma sabit kematian tu Y berbeza.doakan je arwah dicucuri rahmat n mati syahid Sbb bru blik Dri belajar ilmu.

    ReplyDelete
  7. al-fatihah.. dari allah kita datang.. kepada allah kita kembali..

    ReplyDelete
  8. Alfatihah. Kawan yang sorang lagi tu cemana ye?

    ReplyDelete
  9. Alfatihah...dan takziah utk keluarga arwah...
    Semoga tabah hadapi ujian Allah.

    ReplyDelete
  10. innalillah wa innalillah hirojiun..
    alfatihah..

    http://goo.gl/xVYoo2

    ReplyDelete
  11. tarik ja lesen memandu pensyarah ni, dah tahu ada masalah kesihatan yg dok p bawa krta tu buat apa..klu dia sendiri ja yg eksiden takpe jgk sendiri dia yg tanggung...tapi ni dah sampai membunuh n mengambil nyawa orang lain yg tidak berdosa...

    ReplyDelete
  12. Seorang yang bijak tahu tak sehat bawa kereta maka sangat tak bijakle dan kerana tak bijak seorang yang bijak telah terkorban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alfatihah. tak sangka pulak, hari2 lalu jalan ni.

      Carlomel Store

      Delete
  13. sedihnya..takziah
    pelajar2 lain..sila hati2..

    ReplyDelete
  14. Elok tarik lesen memandu pensyarah tu sbb mbahayakan nyawa ramai lg org...klu sakit kpala sekali pun mkn la ubat....xde sivik

    ReplyDelete
  15. Assalam..ingin menjadi pengedar kosmetik??ingin memiliki jenama kosmetik sendiri??layari laman blog saya untuk keterangan lanjut..

    http://kosmetikibuputih.blogspot.com/

    FB :: https://www.facebook.com/pages/Ibu-putih-kolagen/771880072850633?ref=hl

    ReplyDelete
  16. Tak siapa pun di antara kita tahu ..BILA, DI MANA DAN BAGAIMANA ajal menjemput. Semuanya rahsia Allah. Kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah...

    ReplyDelete
  17. Mudahnya hidup klu semua perkara kita serahkan pada qada dan qadar...bukankah Allah beri kita akal fikiran

    ReplyDelete