Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 18, 2014


Seorang Pengarah Jabatan Kastam Negeri yang berpangkat Datuk merupakan antara 13 yang ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes sindikit yang membawa masuk rokok dan arak yang bermutu tinggi ke negara ini secara seludup.

Menurut laporan dari BH Online, mereka tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya kira-kira jam 9.50 pagi tadi. Kesemua mereka berusia antara 32 dan 57 tahun.

Mereka ditahan reman tujuh hari mulai hari ini.

Mereka ditahan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan juga Pembiayaan Keganas 2010 bagi membantu siasatan.

Kesemua mereka ditahan hasil dari operasi besar-besaran yang melibatkan pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment