Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 22, 2013

7 comments
Jika sesebuah masjid ataupun surau yang memiliki kemudahan seperti penghawa dingin dianggap sesuatu yang menarik. Ia secara tidak langsung memberikan keselesaan jemaah untuk mengerjakan ibadah. Namun begitu, jangan terkejut jika terdapat sebuah masjid di Kota Tinggi yang turut mempunyai tarikan tersendiri. Tarikan yang dimaksudkan bukan penghawa dingin, akan tetapi tentang sebuah kipas angin yang dipercayai paling besar di Malaysia.


KOTA TINGGI – Masjid Jamek Kota Tinggi, di sini, melakar sejarahnya tersendiri apabila memiliki sebuah kipas angin gergasi yang dipercayai bukan sahaja terbesar di daerah ini, malah di Malaysia.

Ketua unit masjid berkenaan, Azizul Fahmi Salleh berkata, kipas dengan panjang bilahnya yang berukuran 7.2 meter itu dipasang hasil sumbangan daripada sebuah syarikat persendirian dan tabung masjid.

Menurutnya, dengan kos kira kira RM55,000, kipas yang mempunyai 15 kali ganda kuasa berbanding kipas angin biasa itu mampu memberikan keselesaan buat jemaah dan secara tidak langsung menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

“Alhamdulillah dengan dana yang berjaya dikumpul dalam masa sebulan, kipas itu mula dipasang pada hujung tahun lalu iaitu bulan Disember.

“Ia digunakan setiap kali waktu solat dan ketika adanya majlis yang diadakan di masjid ini. Malah kipas yang lain juga tidak perlu digunakan sewaktu kipas tersebut dihidupkan.

“Bagaimanapun, dalam masjid tersebut juga masih terdapat kira kira 10 kipas biasa yang ada sekitar masjid untuk kemudahan jemaah yang hadir terutamanya bagi mereka yang hendak bersolat berseorangan,” katanya.

Azizul Fahmi berkata, pihaknya menerima pelbagai reaksi yang positif daripada jemaah dan ada yang menyatakan keterujaan ketika melihat kipas berkenaan.

Menurutnya, sekiranya ada rezeki, sebuah lagi kipas yang sama akan dipasang di bahagian belakang untuk memberikan keselesaan kepada jemaah.

Sementara itu, penderma daripada syarikat persendirian itu yang enggan dikenali berkata, kipas seumpama itu hanya boleh didapati di Turki dan Amerika Syarikat sahaja.

Beliau yang juga merupakan pemegang tunggal bagi syarikat kipas angin berkenaan di Malaysia, Indonesia dan Brunei berkata, kipas sama juga digunakan di masjid di Singapura, namun ukuran bilahnya hanya sepanjang 6 meter (20 kaki) sahaja.

“Melihat Masjid Jamek Kota Tinggi yang mempunyai kelebaran yang besar, kita memilih untuk memasang kipas berukuran 24 kaki (7.2 meter) ini yang hanya diperoleh dari Turki.

“Difahamkan, setakat ini ia kipas paling besar di Malaysia dan Singapura. Malah untuk masjid ini, dengan pemasangan dua buah kipas bersaiz yang sama juga sudah memadai dan memberi cukup keselesaan buat jemaah,” katanya.

7 comments:

  1. aku baru perasan huruf t pada siakap keli.blogspot.com tuh mcm tanda salib.....kalo boleh bengkokkan sket t tuh....terima kasih

    ReplyDelete
  2. LOL... you see what you expect to see.

    ReplyDelete
  3. laa..kipas besar cam ni kat surau uitm pulau pinang dah lama pakai...dah 2 ke 3 tahun dah pakainyaaa..apa nak hairannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2..kt uitm penang dh lama guna kipas ni

      Delete
  4. Pembaziran yang nyata. Satu kipas besar dengan harga RM55k kira belanja besar. Bukannya boleh pakai selalu. Kalau jemaahnya kecil, kalau dipakai membazir letrik namanya.
    Kipas siling yang kira baik (Panasonic) baru harga RM150 satu. Kalau beli seratus pun baru RM15k - boleh mintak discount lagi sebab beli banyak. Lagi praktikal - boleh bukak sikit kalau jemaah sikit.
    Kalau tabung masjid ada pun duit lebih, adalah lebih manafaat buat program ugama. Tak pun derma kat akak yatim. Bukannya cari cara nak diperabiskan oleh kroni..........

    ReplyDelete
  5. laa..apa nk heran.dkt e-mart miri pun ada kipas gergasi camni.bkn stakat 1,mgkin 2 atau 3 kalau tak silap.

    ReplyDelete
  6. 55k ek?byk tu...kt pasir gudang wt ajar anak islam solat kena byr 50 rnggt.krjaan mmg da ajar rkyt pntgkn duit dari Allah...Kjaan skrg da x islam lagi

    ReplyDelete