Makanan Jadi Umpan Untuk Rogol Dan Bunuh 3 Beradik! - India : Tiga beradik perempuan berusia 11, sembilan dan enam tahun ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mayat mereka dibuang ke dalam perigi usang selepas diperkosa di perkampungan Murmadi.
Mayat ketiga kanak-kanak itu hilang pada Hari Valentine dan hanya ditemui empat hari selepas itu.
Mereka hilang selepas pulang dari sekolah.
Datuk mereka percaya penjenayah telah menawarkan makanan kepada kanak-kanak itu sebagai umpan sebelum mereka dirogol dan dibunuh.
Bapa mereka meninggal dunia empat tahun lalu, menyebabkan ibunya terpaksa bekerja keras sebagai buruh demi untuk menyara anak-anak itu.
Susulan itu lima pasukan penyiasat telah dibentuk oleh polis bagi mengesan dalang yang terlibat dalam serangan seksual dan pembunuhan berkenaan.
Dalam masa sama, ganjaran sebanyak of 50,000 rupee turut ditawarkan kepada orang ramai sehingga tertangkapnya penjenayah tersebut.
Bagaimanapun penduduk di kampung berkenaan telah mengkrtitik polis kerana mendakwa pihak berkuasa cuba menutup kematian tersebut dengan mengklasifikasinya sebagai kemalangan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Maharastra, Praful Patel, ketika melawat keluarga mangsa berjanji akan membantu keluarga tersebut daripada aspek kewangan.
“Sebagai bapa kepada tiga anak perempuan, apa yang berlaku ini amat menyedihkan.
Saya menggesa supaya siasatan kes ini dipercepatkan agar dalang yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan dengan segera,’’ katanya.
Pembunuha kejam ini berlaku beberapa bulan selepas seorang pelajar perubatan berusia 23 tahun dirogol dalam bas sebelum dicampak keluar dari kenderaan tersebut.
Mangsa meninggal dunia 13 hari selepas serangan berkenaan akibat kecederaan dalaman yang serius. – MyNewsHub
ish,ish,ish...apalah nak jadi dengan manusia zaman sekarang...nak kata manusia hanya tubuh badan sahaja ,nak kata binatang tak juga,..memang demon tahap dewa.....
ReplyDelete