Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 23, 2013

No Comment
Najib dan Rosmah bergambar bersama kapal dredger Inai Kenanga selepas majlis pelancarannya yang disempurnakan Rosmah di Limbungan Selat Melaka Shipbuilding, Pulau Indah, semalam.

PELABUHAN KLANG - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelancaran kapal dredger Inai Kenanga, kapal dredger terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia, memberi impak besar kepada ekonomi negara khususnya dalam usaha mentransformasi negara menjadi negara maju.

Perdana menteri berkata inisiatif yang boleh dikategorikan sebagai projek berimpak tinggi itu juga selaras dengan pelan transformasi ekonomi negara.

Beliau berkata, sektor maritim khususnya melibatkan kerja pembinaan dan penyelenggaraan kapal adalah satu daripada industri diberi keutamaan oleh kerajaan.

“Tentu sekali tidak terfikir dan terlintas bahawa sebuah syarikat tempatan mampu melahirkan kapal yang diiktiraf sebagai terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia.

“Hari ini apa yang kita tak terfikir boleh jadi realiti (apabila) sebuah kapal begitu besar (dibina) dan menjadi kapal yang boleh menjadi kebanggaan kita,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kapal berkenaan di Pantai Acheh, Pulau Indah di sini semalam.

Pelancaran kapal dregder Inai Kenanga itu disempurnakan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Inai Kenanga dibina dengan kos hampir mencecah RM1 bilion dan mempunyai harga pasaran RM1.2 bilion. Ia dibina dalam tempoh 30 bulan dan akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

Kapal itu berfungsi seperti penyedut hampasan apabila pasir atau mendakan beserta air laut disedut ke dalam takungan kapal menggunakan paip penyedut.

Kapal dredger yang dibina menggunakan tenaga kerja dan kepakaran tempatan itu, mempunyai kapasiti membawa muatan dalam takungan 33,335 meter persegi (m3) dan panjangnya mencecah 200 meter serta lebar 36 meter.

Kapal yang dibina oleh limbungan Selat Melaka Shipbuilding Corporation Sdn Bhd (SMSCSB), sebuah anak syarikat milik penuh Inai Kiara Sdn Bhd (IKSB) itu, boleh mencapai kelajuan 17 knot dan membuat kerja pengerukan sehingga kedalaman 45 meter.

Najib berkata, pembinaan kapal sebesar itu juga akan memberi peluang pekerjaan kepada ramai anak muda, bukan sahaja untuk mengendalikannya malah dapat memasarkan kepakaran mereka ke luar negara.

“Sudah tentu kapal yang sebegini besar memerlukan kepakaran yang tinggi. Syarikat Inai Kiara melatih pekerjanya dengan memberi latihan dalam bidang yang memerlukan pengkhususan tinggi.

“Saya difahamkan pengkhususan seperti ini boleh peroleh pendapatan mencecah RM80,000 sebulan di pasaran dunia dan ada antara mereka yang telah pun dilatih oleh syarikat ini, mendapat pekerjaan yang begitu lumayan di luar negara,” katanya.

Beliau berkata, kerja untuk mendalamkan kawasan pelabuhan dan sebagainya dapat dilakukan dengan kadar yang lebih efisien dengan menggunakan kapal bersaizbesar.

“Dengan ini Syarikat Inai Kiara boleh mengambil bahagian dalam proses ‘bidding’ di peringkat antarabangsa dengan menawarkan harga yang lebih kompetitif lagi dan saya percaya masa depan syarikat ini amat baik sekali,” katanya. - Bernama

0 comments:

Post a Comment