Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 23, 2013

No Comment
Muatan sawit bertaburan atas jalan selepas lori dipandu Omar terbalik.

BANTING - Seorang lelaki nyaris apabila lori muatan sawit seberat 25 tan yang dipandunya terbalik di Jambatan Banting, di sini kira-kira jam 6.45 petang kelmarin.

Pemandu terbabit, Omar Jailani, 43, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju je sebuah ladang di Sungai Buaya.

Dia yang bernasib baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan berkata, ketika sampai di lokasi kejadian, kereta yang berada di hadapannya mengubah haluan secara mengejut.

"Saya terpaksa mengelak hingga lori gagal dikawal dan terbalik melintang jalan.

“Kesemua muatan sawit jatuh bertaburan atas jalan, namun saya bersyukur kerana terselamat dan tidak cedera,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Nordin berkata, kejadian itu menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas lebih tiga jam.

Katanya, polis terpaksa membuat lencongan menghala ke Banting bagi mengurangkan kesesakan tersebut selain meminta bantuan Bomba dan Penyelamat untuk membersihkan sawit yang bertaburan.

“Kami terpaksa membuka laluan kontra menghala ke Banting bagi membolehkan pengguna meneruskan perjalanan masing-masing. Keadaan di situ kembali normal kira-kira jam 10.45 malam,” katanya.

0 comments:

Post a Comment