Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 24, 2013

No Comment

PETALING JAYA – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Chuck Hagel tiba, bagi memulakan lawatan tiga harinya yang disifatkan oleh pemerhati sebagai usaha untuk terus memperkukuh hubungan pertahanan dengan Malaysia.

Pesawat yang membawa pemimpin AS itu mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang di sini pada 3.40 petang. Ketibaan beliau disambut Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Laporan menyatakan lawatan itu adalah atas undangan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika pertemuan mereka di Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-12 di Singapura, 12 Jun lepas.

Beliau dijadualkan mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Hishammuddin di ibu negara esok.

Hagel mengangkat sumpah jawatan pada 27 Feb lepas dan menjadi veteran tentera tempur pertama mengetuai Jabatan Pertahanan. Kali terakhir Malaysia menerima kunjungan setiausaha pertahanan AS ialah pada 2010, iaitu Robert Gates. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment