KUALA LUMPUR – Seramai 25 kakitangan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) melakukan kerja sukarelawan di Zoo Negara bersempena Hari Habitat Dunia 2013 baru-baru ini.
Puspakom dalam satu kenyataan media memberitahu, kesemua kakitangan Puspakom terbabit melakukan kerja sukarelawan tersebut selama 400 jam.
“Seramai 25 kakitangan ibu pejabat Puspakom yang dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikuti program sukarelawan ini dengan menghabiskan masa dengan haiwan di Zoo Negara setiap hujung minggu sepanjang Oktober.
“Mereka mendapat peluang menyelami kehidupan penjaga zoo dan melakukan pelbagai termasuk membersihkan kandang, menyediakan dan memberi makan serta memandikan haiwan,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, program sukarelawan itu diadakan kerana warga Puspakom menyedari isu habitat adalah ancaman utama kepada pelbagai spesies haiwan.
Justeru, Ketua Pegawai Kewangan Puspakom, Alan Taslim Alias dalam kenyataan sama berkata, pihaknya gembira dapat melakukan kerja sukarelawan berkenaan.
“Kami amat gembira dapat menyumbang masa di Zoo Negara,” katanya.
0 comments:
Post a Comment