Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Agrobank mengenal pasti seramai 14 pelanggan bank itu antara mereka yang terjejas akibat banjir kilat yang melanda Kampung Bertam Valley, Cameron Highland baru-baru ini.

Agrobank dalam satu kenyataan media memberitahu, mereka merupakan pekebun dan penaman sayur yang menjadi pelanggan kepada Agrobank cawangan Cameron Highland dan Tapah.

“Sehubungan itu, Agrobank bersedia membantu mereka untuk menstruktur serta menjadualkan semula bayaran balik pembiayaan mereka yang ditimpa musibah tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, langkah tersebut diharap memberi kelegaan kepada 14 pelanggan Agrobank terbabit kerana penangguhan bayaran balik pembiayaan memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki tanaman yang terjejas.

Jelas kenyataan itu, usaha Agrobank tersebut merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) bank berkenaan dalam membantu pelanggannya yang terjejas dalam bencana alam.

Tambah kenyataan itu, kesemua pelanggan bank itu diminta menghubungi Agrobank cawangan berhampiran untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Banjir kilat di Kampung Bertam Valley pada 23 Oktober lalu menyebabkan tiga maut, 100 rumah dan beberapa ladang rosak.

0 comments:

Post a Comment