Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment

China – Seorang budak berusia tiga tahun nyaris maut selepas kepalanya tersangkut di atas gril tingkap setelah ditinggalkan keseorangan oleh ibu bapanya yang keluar bekerja.

Mujurlah orang ramai yang melalui kawasan itu melihat budak tersebut bergayut di tingkat empat sebuah bangunan dan terus menghubungi bomba.

Gril berkenaan dipasang di luar tingkap rumah itu bagi menghalang pencuri daripada memasuki rumah tersebut.

Bomba yang tiba di situ terpaksa memecahkan pintu untuk masuk ke dalam rumah.
Menurut ibu bapanya, anak mereka itu selalu ditinggalkan keseorangan di rumah dan dia biasanya akan tidur atau menonton televisyen sahaja.

Namun kali ini, mereka percaya dia berasa bosan atau cuba keluar untuk mencari ibu bapanya.

Mereka tidak menyangka budak itu berjaya membuka pintu tingkap dan dia dipercayai tergelincir .

Hanya kepalanya yang menahan budak itu daripada terjatuh melalui lubang gril berkenaan.

Bapanya, Lian, 44, berkata, dia dan isterinya selalu mengunci pintu apabila mereka keluar bekerja.
“Kami tidak menyangka kejadian ini akan berlaku dan nasib baik dia tidak terjatuh ke bawah,’’ katanya yang dipanggil balik untuk memujuk anaknya itu.

Lian juga berjanji untuk tidak lagi membiarkan anaknya itu keseorangan ketika dia dan isterinya keluar bekerja.

0 comments:

Post a Comment