Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 17, 2013

No Comment

KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa membunuh majikannya tiga tahun lepas, dihantar ke Hospital Permai, Johor, bagi pemeriksaan status mentalnya semasa kejadian itu berlaku.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memerintahkan tertuduh Wilfrida Soik menjalani pemeriksaan itu selama sebulan mulai minggu ini, mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Wilfrida yang berasal dari Nusa Tenggara Timur, Indonesia, didakwa membunuh Yeap Seok Pen, 60, di sebuah rumah di Kampung Lubok Tapah, Pasir Mas antara 11 pagi dan 12.30 tengah hari 7 Dis 2010 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Wilfrida memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani pemeriksaan status mentalnya ketika kejadian itu berlaku.

Muhammad Shafee juga turut mengemukakan kepada mahkamah laporan pemeriksaan pengesahan umur tertuduh yang telah dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini.

Beliau berkata, dalam laporan itu, umur tertuduh ketika kejadian antara 16 tahun dan 18 tahun. Bagaimanapun pihak peguambela akan memanggil pakar-pakar yang terlibat dari HUSM itu untuk memberi keterangan semasa perbicaraan nanti.

Ahmad Zaidi kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes itu pada 29 Disember. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.

SEMENTARA itu, Malaysian Insider melaporkan calon Presiden Indonesia yang juga pemimpin dari Partai Gerakan Indonesia Raya, Prabowo tiba di di mahkamah di Kota Bharu dalam usaha keras untuk “menyelamatkan” Wilfrida dan menimbang untuk membuat rayuan secara terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laman portal The Tribunnews.com melaporkan Prabowo pernah melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur semasa bapanya, Sumitro Djoyohadikusumo, bertugas di Malaysia.

Beliau mempunyai hubungan rapat dengan Najib memandangkan kedua-dua bapa mereka adalah rakan rapat.

Wilfrida, 17, telah bekerja sejak berusia 12 tahun dan dikatakan telah menjadi mangsa penyeludupan manusia.

Menurut laporan, Wilfrida pada tahun 2010 telah ditawarkan oleh beberapa lelaki yang berjaya mendapatkannya pekerjaan di Malaysia.

Untuk membantu beliau masuk ke Malaysia, mereka memalsukan sijil miliknya bagi mendapat kebenaran sebagai seorang dewasa.

Sebaik sahaja tiba di Malaysia, Wilfrida telah bekerja sebagai pembantu rumah dengan seorang wanita tua yang menghidap penyakit Parkinson. Wanita itu ditemui mati pada 7 Disember 2010, dan Wilfrida ditahan dua minggu kemudian.

Seramai 220,000 pembantu rumah dari Indonesia bekerja di Malaysia, diikuti oleh Hong Kong (152,000) dan Singapura (90,000) namun, beberapa kes penderaan berprofil tinggi mengakibatkan Indonesia telah mengkaji semula untuk menghantar rakyat mereka ke Malaysia dan negara-negara ini.

Jakarta juga telah mengetatkan peraturan untuk rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.

Agus Triyanto, yang berkhidmat di jabatan buruh Kedutaan Indonesia memberitahu The Malaysian Insider bulan lalu bahawa bermula tahuun 2017, pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia tidak perlu tinggal di rumah majikan mereka.





0 comments:

Post a Comment