Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 21, 2013

No Comment

Ekoran kegemparan yang ditimbulkan Villa Nabila, David Teo menyatakan syarikatnya, MIG mungkin akan menampilkan kisah berkenaan penunggu banglo berkenaan dalam projek filem terbaharu mereka.

Kata David, pihaknya memang merancang untuk membuat sekuel kepada filem Highland Tower sebelum kisah Villa Nabila hangat diperkatakan lagi.

“Lagipun kisahnya masih panas, jadi lebih baik kita rebut peluang. Kalau saya tak buat atau ambil peluang, nanti penerbit lain akan buat,” kata David.

Bagaimanapun, sebelum ini terdapat beberapa lokasi keras lain turut dipertimbangkan jadi Villa Nabila kini termasuk dalam salah satu senarai mereka bagi menghasilkan filem ala ‘Blair Witch Project’ sebagaimana Highland Tower arahan Pierre Andre.

Highland Tower mendapat sambutan penonton dan berjaya mendapat kutipan RM3.5 juta.

Villa Nabila, sebuah banglo lama yang terbiar lebih 40 tahun di Johor Bahru baru-baru ini mencetus polemik seluruh negara apabila seorang remaja disangkakan hilang setelah mengunjunginya.

Meskipun cerita itu ternyata tidak benar, Villa Nabila sudah lama diketahui peminat mistik tempatan sebagai lokasi keras.

Portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia turut  menyenarai Villa Nabila antara lima tempat berhantu di Malaysia. - REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment