Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment


Tindakan seorang lelaki warga India menyorokkan 44.95kg Methamphetamine di bawah bungkusan inai rambut di dalam bagasinya terbongkar apabila dia ditahan pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad rampasan dadah bernilai RM8.54 juta itu yang dilakukan Rabu lepas merupakan rampasan terbesar KDRM bagi tahun ini.

Beliau berkata lelaki berumur 30-an yang menaiki pesawat dari Chennai, India itu ditahan kira-kira pukul 7.30 pagi setelah pemeriksaan dibuat ke atas dua buah bagasinya iaitu tempat lima bungkusan dadah itu disimpan.

“Lelaki itu membungkus dadah tersebut di dalam plastik hitam sebelum menyorokkannya di bawah bungkusan inai rambut bagi mengaburi mata pihak
berkuasa,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati untuk tahun ini sahaja, suspek yang merupakan penjual barangan elektrik telah 16 kali keluar dan masuk negara ini
dan hanya tinggal di sini untuk dua atau tiga hari sahaja.

Khazali berkata siasatan KDRM menjurus sama ada suspek menjalankan kegiatan tersebut secara bersendiri atau mempunyai sindiket di Malaysia.

“Lelaki itu kini ditahan selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntuk hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata JKDM turut membuat pemerhatian mengenai trend kemasukan penyeludupan dadah yang pada tahun ini banyak dilakukan warganegara India.

Katanya modus operandi penyeludupan juga ditukar dengan menjadikan KLIA sebagai lapangan terbang persinggahan sebelum mengambil penerbangan sambungan kelapangan terbang lain di negara ini menggunakan penerbangan domestik.

“Mereka menganggap bila menukar ‘flight’ di KLIA kita tidak akan memeriksa bagasi mereka di lapangan terbang lain,” katanya.

Sementara itu, Khazali berkata sejak awal tahun ini sehingga November, KDRM berjaya mematahkan 120 percubaan penyeludupan/pengedaran dadah pelbagai jenis yang bernilai RM114 juta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, katanya, 61 kes dengan rampasan bernilai RM25.05 juta berjaya dipatahkan di KLIA.

Kes kedua terbesar untuk tahun ini ialah di Terminal Penerbangan Tambang Murah pada 14 Ogos lepas melibatkan rampasan 20kg dadah bernilai RM3.8 juta, katanya. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment