Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment

LONDON – Pemandu Formula Satu (F1) dari Mexico, Sergio Perez hari ini mengumumkan meninggalkan pasukan McLaren selepas gagal menyerlah musim ini dengan keputusan terbaiknya hanya ketika Indian Grand Prix di tempat kelima.

Tempat pemandu berusia 23 tahun itu disebut-sebut akan digantikan oleh pemandu ujian McLaren, Kevin Magnussen dari Denmark. Parez hanya memperoleh 35 mata daripada keseluruhan perlumbaan musim ini manakala rakan sepasukannya, Jenson Button pula memungut 60 mata yang dianggap amat mengewewakan pasukan berkenaan.

McLaren juga tanpa kemenangan podium tahun ini dan dianggap persembahan terburuknya dalam era moden ini.

“Saya tetap menjadi peminat McLaren. Ketika ini saya sedang memikirkan masa depan saya dan untuk memastikan mendapatkan pakej yang lebih baik dan mencari lebih banyak kemenangan,” katanya dalam akaun Twitternya. – AFP

0 comments:

Post a Comment