Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 1, 2013

No Comment

Dalam dunia artis, perkara-perkara aneh seperti nikah senyap-senyap, tiba-tiba ada anak, artis ini rampas suami artis itu.. sudah biasa berlaku.

Biasanya, kisah sebegini bermula dengan gosip kemudian penafian oleh artis, seterusnya sidang media bagi menjelaskan kebenaran gosip dan membela diri mengapa si artis tidak berterus terang pada mulanya.

Bagaimanapun, intro di atas tidak bermaksud menyatakan gosip yang bertiup sejak akhir-akhir ini melibatkan penyanyi yang ada bau-bau bacang dengan Dato’ Siti Nurhaliza, Fida Ibrahim adalah benar.

Gosip dimaksudkan merujuk kepada berita perkahwinan melibatkan Fida dan pengurusnya, Shah yang dikatakan telah berlangsung di negara jiran.

Apa yang membuatkan gosip ini tambah merebak adalah kesukaan Fida mengenakan inai di jarinya.
Begitu pun menurut portal gosip Rotikaya.com, perkara ini telah pun dinafikan oleh penyanyi bertudung ini. Fida juga mendakwa, ini bukan kali pertama dia menjadi mangsa fitnah apabila sebelumnya turut dikatakan menjalin hubungan dengan seorang VIP.

Fida juga sempat mencabar agar mereka yang pandai-pandai menyebarkan cerita dia sudah berkahwin agar menyertakan bukti bagi menyokong dakwaan tersebut.

Jadi kepada penyebar gosip ini, tunggu apa lagi? Berikan bukti anda atau biarkan Fida mencipta nama tanpa terus dikenali dengan gosip-gosip murahan begini, ok. – REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment