Tahniah diucapkan buat pelakon Intan Azura yang dikhabarkan sudah pun menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan, Wan Rashdan Wan Yahya yang merupakan seorang pengurus kilang telekomunikasi.
Kedua-dua mempelai kelihatan sama cantik sama padan menggenakan persalinan sedondon berwarna merah jambu pada majlis yang berlangsung Sabtu lalu.
Perkahwinan Intan juga menimbulkan kontroversi apabila dia dikatakan bergelar isteri kedua kepada suaminya itu.
Menjawab tuduhan itu, Rashdan menerusi sebuah akhbar harian menjelaskan, “saya tidak mahu memberi sebarang komen, tetapi saya tidak menafikan atau mengiyakan berita itu. Rasanya saya tidak sesuai untuk menjawab soalan itu kerana saya bukannya artis.
“Kalau dia berkahwin, apa yang pasti bukan sebagai isteri kedua, sebaliknya isteri pertama,” katanya lagi.
Tak kisahlah isteri kedua ke isteri pertama, yang penting mereka berdua sudah pun sah bergelar suami-isteri.
Apa yang penting, jika benar Intan bermadu, diharapkan suaminya dapat mengemudi dua bahtera rumahtangga dengan adil dan saksama.
Di bawah ini merupakan foto-foto menarik pasangan ini sepanjang majlis pernikahan dan resepsi yang berlangsung minggu lalu.
Oleh: AUDREY LEE
Kredit Foto: Amirul Arif Photography
0 comments:
Post a Comment