Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 21, 2013

No Comment

UMUM tahu mengenai krisis yang melanda pelakon, Farid Kamil dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramli apabila wanita itu dikatakan tidak merestui perkahwinannya dengan Diana Danielle.

Akibatnya, ibu mertuanya itu dihalang melawat anak dan cucu yang baru dilahirkan tanpa mendapat keizinannya terlebih dahulu.

Bagaimanapun, lebih sebulan lalu, pelakon itu merancang untuk berbaik-baik semula dengan Norsiah dengan menjemputnya ke majlis akikah dan pengumuman nama penuh anaknya nanti.

Namun sehingga ke hari ini, Farid mengakui hubungan mereka masih belum pulih, memetik laporan Sinar Harian.

Tetap berharap krisis ini akan berakhir, dia masih memikirkan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu.

Kami sendiri mengharapkan kedua-dua pihak ini akan menemui titik noktah kepada kepincangan hubungan ini.

Yalah, adakalanya satu pihak haruslah mengalah demi kebaikan bersama. Jangan sampai terlambat, sudahlah.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment